Want your
own Fotopage?










 
Selayang Kuala Lumpur Fotografi Perkahwinan 019 233 9291

By: Zizei Personal Photoblog

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jan-2008 19:32 Email | Share | Bookmark
2007 Dalam Kenangan - 2008 Teruskan Perjuangan

 
Assalamualaikum..

Tahun 2007 telah tercatat dalam diari hidup saya dimana ntah bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia fotografi ini. Kini usia saya sudah setahun. Bermula dengan suka-suka kini saya serius di dalam dunia yg penuh mencabar ini. Bermula dengan Nikon D50 dan Speedlight SB600 saya mengharungi usia awal saya dengan sendirinya. Tiada Tag Along. Pergi dengan keyakinan yg dibina sendiri. Takdir memihak kepada saya, rezeki Allah beri sangat murah. Alhamdulillah setiap musim cuti sekolah saya punya job, walaupun murah saya tetap ambil, kerana kepercayaan yg diberi utk seorang yg sangat baru perlu saya manfaatkan sebaiknya.

Selepas 6 bulan saya mampu memiliki sebuah lagi Nikon D80 dan Speedlight SB600, sebagai seorang photog perkahwinan, perlu memiliki satu lagi spare body dan speedlight, barang electronic mana bole sangka, sampai masa kalau stuck/jam..?? Majlis perkahwinan tidak boleh diulang, satu tanggungjawab besar seorang photog ialah memastikan semua rancangan yg diatur pengantin dan keluarga berjaya dirakamkan. Apa guna persediaan berminggu-minggu atau berbulan-bulan malah bertahun-tahun pun kalau peristiwa penting itu tidak dapat dirakam, punah segalanya. Bukan mudah menggalas tanggungjawab sbg seorang photografer, perlu berkorban hari cuti dan masa bersama keluarga semata² utk merealisasikan impian org lain. Jika diukur dengan wang ringgit sekalipun pun belum tentu dapat membayar usaha dan pengorbanan tersebut. Sebab itu saya sangat menghormati photog² lama yg sudah bertahun² berkecimpung dalam dunia ini. Syabas buat anda dan teruskan usaha anda.

Tahun 2007 juga mengajar saya menjadi seorang peniaga. Saya tidak belajar tinggi, tapi dengan dunia ini mengajar saya tentang dunia perniagaan. Kini baru saya tau betapa susah senangnya utk seseorang itu utk berjaya dan kaya. Tiada jalan pintas utk mengecapi kedua² itu. Segalanya perlukan pengorbanan usaha dan tenaga. Dalam dunia baru saya ini juga saya dapat berjalan² melihat dunia lain. Sangat menyeronokkan. Melihat adat resam org lain sesungguhnya membuat saya rasa betapa luasnya dunia ini yg kita tidak tahu mana penghujungnya.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yg memberi kepercayaan kepada saya. Terima kasih yg teramat-amatnya kepada Isteri tersayang yang sangat memahami minat dan tanggungjawab ini. Kepercayaan dan dorongan yg diberi sememangan tidak berbelah bagi. Sanggup memberi semangat, idea, kritikan dan segalanya bagi memastikan saya terus kuat dalam mengharungi dunia ini. Rezeki 2007 juga mengurniakan kami seorang puteri yang sangat comel dan gebu. Kini kehidupan saya hampir lengkap. Kini baru saya tahu bagaimana rasanya menjadi seorang bapa dan ketua keluarga, bagaimana rasanya mengepalai nahkoda yg penuh ranjau dan duri ini. Mereka berdua adalah sumber inspirasi saya. Tanpa mereka seolah² lumpuh saya sebelah badan. Merekalah segalanya bagi saya.

Kepada semua customer² saya, terima kasih kerana memberi kepercayaan sepenuhnya utk saya mengabdikan sejarah hidup anda. Saya telah berusaha memberikan gambar yg terbaik utk ditatapi seumur hidup. Semoga dengan gambar yg telah diberikan, ikatan kasih sayang anda sekeluarga akan terus berpanjangan. Maaf atas segala kekurangan sepanjang saya bersama dalam majlis anda. Pengalaman mengenali anda semua adalah sesuatu yg tidak akan dilupakan. Terima kasih.

Untuk tahun 2008 ini saya akan meneruskan dan mempertingkatkan lagi pengusaan dalam bidang ini. Saya berusaha utk menjadi seorang yg mahir dan memberikan yg terbaik serta meninggalkan kesan kepada semua. Saya masih belajar dan akan terus belajar.

Terima kasih semua...

tahniah...wish u all the best n gud luck, moga di murahkan lagi rezeki dan bertambah bahagia keluarga...

teruskan belajar moga hasilnya membahagiakan juga yang melihatnya...

percayalah pada kekayaan, kebahagiaan itu datangnya dari Allah
Fri 1-Feb-2008 10:20
Posted by:kejora
congrats zie....wish u all the best...moga dpt menghasilkan gmbr2 yg lebih cantik & menarik....hrp2 gmbr zana nti lg cantik la...hehehe...
to elyn & lala : korg jgn jeles tgk gmbr kawen aku nti lg cantik dr korg!!! hehehe
to zizie & fiza : tahniah dh besar baby gurl u all...comey la anak u all...gerammnye!!!
Tue 5-Feb-2008 06:14
Posted by:zana aka_zana@yahoo.com
To Zizie and Fiza,

Keep up a good work! Creativity n sabar yang ada pada kalian berdua memang jelas membuktikan yang hasil kerja kalian memang superb.Terima kasih yang tak terhingga atas kesudian kalian bertiga waktu itu pergi jauh merantau ke pelusuk negeri - lebih - lebih lagi ke negeri Pahang. Aku and hubby n all family member serta rakan2 yang dah melihat hasil kerja tangan nko Zie memang kata cantik. Insya Allah ada rezeki dan perancangan pasti aku tak kan lupa cari nko untuk Moment yang bermakna buat aku sekeluarga. Thank Zie... dari aku a.ka. azian & salleh
Thu 14-Feb-2008 03:47
Posted by:azrien azrien_anwar@yahoo.com
Kejora : Thanks Ayg atas nasihat itu.

Zana : Terima kasih. Semua org inginkan gambar yg cantik, baik photographer atau pengantin. Tapi jgn lupa secanggih mane pun camera atau seprofesional mane pun photographer, gambar tak akan cantik kalau pengantin sendiri tak bole memberikan yg terbaik utk gambar. Maksudnye kalau pengantin asyik dok masam je, cammaner gambo nak cantik. Betui dok, so nanti depan camera (kalau jadi la awak nak hire saya hehehe) senyum gelak bbanyak tau.. Jgn simpan..

Azian : Thanks Yan pasal masih sudi nak masuk FP aku. Mmg setiap kali ko tulis kat sini banyak bagi semangat kat kiteorang utk terus maju. Thanks again. Diingat² balik masa kat Felda Sg Koyan nun rasa macam tak percaya jek aku sampai sane, mmg jauh huhuhu dengan jalan ulang alik Raub tu mmg adventure gila tapi best ditambah dengan pengantin yg sporting gile.. Mmg best..
Anyway tahniah la dengor citer dah nak ber3, Alhamdulillah rezeki tu.. To Salleh : Anda mmg lelaki sejati hahaha
Thu 14-Feb-2008 07:32
Posted by:Zizei caplez@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.